Monday, October 26, 2009

MAJLIS WALIMAH NORANIRA aka IRA



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..

Hubaya hubaya... Dengar sini sekalian makhluk yang ada di muka bumi yang terutama hasil Sarjana Muda (sains) dengan kepujian Pengurusan Pelancongan UiTM Shah Alam sidang 2007-2009, adalah dengan ini menghebahkan majlis perkahwinan sahabat sekelas kita. Kami sidang redaksi blog mewakili pihak tuan punya badan memohon ampun atas kelewatan pemberitahuan.
Jadi diharapkan para penduduk kampung sekalian, sudilah memeriahkan majlis. Kehadiran anda sebagai handai taulan tuan punya badan amat dihargai. Segala maklumat majlis boleh la didapati seperti yang tertera di atas kad di atas.
Bagi pihak sidang redaksi, kami mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT".